Friday, August 28, 2009

Video & Tok Rimau

Gambar ihsan dari Azmeir - EK Photography
(http://ekphotography.asia/myblog)
Kesian, dia tak masuk dalam gambar ... hehe


Yusri Hashim (singkatnya Yus) - member aku, suatu masa dulu pernah berkata:-

Yus : Jek, kau ni minat video kan?,
nanti aku kenalkan kau dengan Tok Rimau...

Aku : Err Tok Rimau? (badan dia berbelang ke? mesti otai video ni..)
Tapi perkataan aku yang dalam bracket tu, aku tak luahkan pada Yus ..
Yang keluar dari mulut aku "Okey" ja..

Dialog di atas telah berlaku beberapa tahun yang lalu ..

Hanya pada malam tadi, ya tuan-tuan dan puan-puan, baru aku dapat rezeki berjumpa dengan Tok Rimau. Orangnya hensem, kaca mata, ramah mesra, (cuma rasahati aku berkata - tak tau la betul ke tak), ada masa tertentu, dia ni memang garang.. haha... Aku bertembung dengan Tok Rimau ni di opis Pertubuhan Arkitek Malaysia, Wilayah Selatan untuk satu sesi Phototalk. Sehari sebelum itu, melalui telefon tangan:-

Yus : Jek, kao rakamkan video Introduction to Photojournalism oleh Alessandro Scotti (Itali) tu yer! Nanti aku kenalkan kao sekali dengan Tok Rimau... dia pun datang tu!

Aku : Okey... (alamak, aku segan gila la nak shoot video depan Tok Rimau)

Dalam kepayahan dan kesegan siluan, aku gagahkan juga buat rakaman video.. Phototalk oleh duta United Nation, si Alessandro ni memang mantap. Kerja merakam gambar yang dibuatnya selalu terdedah kepada ancaman maut. Dadah!! Pergh, lagi hebat dari pameran anti-dadah yang pernah aku tengok kat Malaysia ni. Nanti kalau aku ada masa, aku nak upload video 'talk' dia ni. Mungkin ramadhan tahun depan kot baru siap video aku.. haha.

Selepas sesi mamat Itali tu, kami dipertontonkan 'short movie' Tok Rimau berjodol "Bumbung Orang Lantai Aku" . Cerita Tok Rimau ni , sesekali lebih kuat menenggelamkan talk Alessandro tu tadi dari minda aku. Ringkasnya, pengisian malam tadi, memang best gila, walaupun aku travel balik, sampai `gate' tempat aku jam 2.30 pagi. Dah kunci dah pun!!

Oleh kerana aku sorang jer bawak anak (si Adam) malam tadi, memang sepatutnya sebagai ayah, aku rasa berbangga sikit, sebab,

1. Adam tahu, aku ni ramai jugak kawan... hehe
2. Adam tahu, aku selalu merayap malam, sebab carik ilmu.. hehe..
3. Adam tahu, aku ni serious main video.. hehe
4. Adam tahu, aku dah berkawan degan Tok Rimau .. hahahaha...

7 comments:

  1. pembetulan..."bumbung aku lantai org" yea...hehe
    ReplyDelete
  2. 1. Kau ni Jek, kalau jack oarng memang melambung tinggi. Man of the night bagi aku pada malam itu adalah Yusri. Dia dapat rezeki dan kongsi dgn kita.

    2. Aku speed read blog kau, semua arkib 8 bulan. Rasa kerdil dgn ilmu, peralatan, keghairahan dan prinsip kau. Nanti bila senang kita bikin satu movie. Kau jadi DOP dan Editor. :-) Aku nak jadi pengarah. Seronok arah-arah kau. ha ha ha.
    ReplyDelete
  3. jgn lupe.. aku jadik pelakon tambahan.. x pun pak pacak.. atau.. CSI.. pun ok gak.. hehe
    ReplyDelete
  4. aku dapat pegang jadi crook pun jadi laa..

    ilmu mmg patut kita kongsi..biar sama-sama maju..lagipun bila orang sedia bagi kat aku secara percuma..aku rasa tak salah kalau aku kongsi secara percuma..(walaupun terpaksa minta derma kilat last minute..)
    ReplyDelete
  5. Aku rasa tok rimau ngan kau mcm punya kesamaan, tapi nama kau kena tukar dulu. Kalu tak tok belang, tok siak!

    agak-agak boleh lawan http://15malaysia.com/ tak!
    ReplyDelete
  6. Reds - terima kasih atas pembetulan itu.. hehe

    Tok Rimau - aku dulu keje kilang cat, dah biasa dah kena arah-arah ni.. haha

    Rinz - aku bagi watak macam Didiz dalam BALO, ok ke? jurufoto pulis beb.. hehe

    Kareem - jangan ilmu je kongsi, lenkali naik helikopter tu kongsi gak..

    Mazrul - ko ni takkan tak paham, aku takde line laju..haha
    ReplyDelete
  7. tunggu aku beli heli sendiri..aku bwk ko pusing2 umah mawi..
    ReplyDelete