Saturday, August 8, 2009

Pose Pengantin

Dalam sesuatu majlis perkahwinan, biasa lah, kadang2 ada acara sukan yang paling meriah, iaitu posing-posing pengantin. Adakalanya sesi posing ni sunyi, adakalanya, meriah. Posing-posing ni selalunya lebih kepada keperluan jurufoto untuk melengkapkan album perkahwinan si pengantin. Selaku juruvideo, aku pun akan menyelit samalah. Ianya akan lebih meriah bilamana:-

(Untuk shortform, P = Pengantin, Nama tertera = samaran/bukan nama sebenar)

1. Cik Kiah (sepupu P) pakai digital camera kecik Sony - join sekali tumpang shoot.
2. Mak Timah (mak sedara P) pakai Olympus - selit jugak, walaupun badan besar.
3. Pak Atan (sedara P) pinjam anak dia punya - pakai Sony kecik jugak, tumpang shoot.
4. En. A (aku tak kenal, budak lagi) pakai DSLR Nikon - alih-alih ada sebelah jurufoto.
5. Cik B (kawan P agaknya, cun) pakai Panasonic Lumix - sebelah aku.
6. Dan ramai lagi yang guna kamera henfon, tapi ambik gambar dari jauh jer.. haha

Yang kadang menjadi masalah, ialah nak dapatkan 'Eye-contact' si pengantin. Dia pun tak tahu nak tengok kamera mana. Kadang official photographer punya kamera pun mata dia skip. Hehe.

Cuma kelebihan orang berdigital camera ni, bila 'flash' Pap!! jer, pengantin dah tahu dah, gambo dia dah di snap. Tapi DIA TAK TAHU video punya recording BELUM HABIS LAGI .. sebab video ni selalunya mana la ada flash sebagai indicator recording tu dah tamat... hahaha...

p/s - So kepada bakal bakal pengantin aku - please take note yer ... hehe

5 comments:

  1. mencabar jugakk kannns.. ehehe, salamm

    ReplyDelete
  2. kalau mcm tu biase aku buat ...lepas depa shoot photo aku terus interframe secara berhemah hehe...dan cakap "ok pak cik mak cik pengantin mata tgk lens video nih ni dan lambai tangan mcm salam perantau ..mlm ni bule tgk kat tv hehe..." alhamdulillah 100% komitmen...

    ReplyDelete
  3. Macam gua mula2 main video gak dulu...hangin jer ngan kaum kerabat pengantin nih.

    Tapi bila dah masuk 19tahun dok pegang video, benda ni, alahhh small matter jer bai...

    Gua tengok lu ni cam kalut sangat la, lek lek jer...

    ReplyDelete
  4. tapi pada aku kan la... video patut record semua tu.. SEBAB itu la cerita pada hari majlis pengantin... kalau nak shoot video tapi mata pengantin asyik nak tgk kamera video kau aje... baik kau amik still.. hahahhaaaa...

    ReplyDelete
  5. That's the 'worst case scenario' but eventually the candid parts make the video more interesting as it positively neglect formality in manners which are acceptable to viewers. Good exposure

    ReplyDelete