Monday, August 24, 2009
Photojournalist vs Video Kahwin
Oleh kerana si Y tak ajak aku naik helikopter untuk kerja-kerja photojournalist dia, semalam, aku pergi ke rumah Amrul - Operahidup photography, peminat photojournalist yang juga berupaya menjadi jurugambar perkahwinan hebat dengan sentuhan gambar dan stail yang tersendiri. (Lama jugak dah aku berkawan dengan Amrul ni, cuma jarang jumpa.) Aku pergi rumah dia:-
Tujuan 1 - borak2 dan bincang2 dan nak create idea2 baru yang boleh menambahbaik Video Perkahwinan aku nanti. Almaklumlah, budak tahap tadika, aku perlu belajar banyak perkara ... hehe. (Nak try kaedah photojournalist ke dalam wedding video hehe.. iya iya je)
Tujuan 2 - konon konon nak membantu dia mengatasi rasa lapar dan haus akibat berpuasa. Almaklumlah, Amrul ni bujang dan sorang diri kat rumah, cobaan dan dugaan berpuasa ni lagi kuat untuk dia.. hehe.. Tapi syukurlah, berkat asuhan mak bapak dia, dia ok ok jer..
Tujuan 3 - nak mintak gambo pengantin haritu, untuk design cover DVD aku .. kekeke..
Sebenarnya, shooting video terakhir aku sebelum Ramadhan, Aku vs Amrul telah bertembung, cover satu majlis perkahwinan di Dewan Jubli Intan, JB. Aku Video, dia Foto. Coverage sukses, cuma aku selalu teringat tinggi nya budi bahasa si Amrul ni setiap kali dia kata:-
1. "Bro, boleh aku diri kat sana?"
2. "Bro, kalau aku ambik position ke kiri, ganggu video kau tak?"
3. "Bro, kalau kau rasa distraction pada video, bagitau eeh?"
Sepanjang pembabitan aku dalam video, tak pernah aku jumpa photographer paling berbudi bahasa macam si Amrul.... hehehe... Aku amat hargai orang-orang macam kau..
Sebelum balik ke rumah mak aku untuk berbuka puasa, aku jeling sekali lagi gambar2 yang banyak tu, diframe kan elok2, tergantung kemas di dinding. "Wah, betul betul macam sebuah galeri lah" kata hati aku .. Aku terpegun tengok variety of style dalam foto dia. Boleh ke aku terap ke dalam video aku nanti ni...
"Ok geng, gua chao dulu !! " (konon2 aku cakap cina), aku sambung lagi... "Assalamualaikum..." dan terus mengeluarkan kunci van aku..
Jiran depan rumah dia, mengerut kening, mungkin fikir aku ni Cina ke Arab? tapi muka Melayu .. hahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment